By Wednesday, 29 February 2012

What A Bad Day I Have

Assalamualaikum guys :(


Today, it's a bad day for me, urghh. Faiz nak cerita kat korunk pasal bad day ni. Sebenarnya, ia bukanlah hari yang teruk sangat. Korang nak tahu?

Awal pagi tu, Faiz rasa steady je kot. Rasa macam segar semacam sebab malam semalam hujan, nyenyak tidur. Pastu, Faiz buatlah rutin pagi pagi yang Faiz selalu buat. Then, Faiz pergi sekolah dengan abang naik motorsikal. Bila dah sampai sekolah, Faiz pun pergi ke kelas untuk check kerja sekolah yang tak siap, hehe, teruk kan Faiz ni? Pastu pnp pertama adalah KKQ. Korunk tahu maksud tu? KKQ ialah Kemahiran Al-quran, maybe. Faiz suka sangat subjek ni, best dapat tahu ilmu-ilmu dah keajaiban Al-quran. Lepas KKQ, bahasa arab pulak. Bahasa arab pun subjek yang Faiz paling suka. Huh, bangga dapat speaking arabic ni, hehe. Kau ada? Opps, sorry terlalu bangga. Faiz saje je pun. Lepas bahasa arab pulak, rehat. 

Masa rehat, Faiz makan macam macam, banyak makanan yang berlemak, haha. Nak tahu apa yang Faiz makan? Faiz makan nasi goreng plus telur goreng, jambu batu dan keropok. Banyak gila kot, haha. Lepas rehat, tetiba je badan Faiz rasa macam nak meletup. Alamak, Faiz diserang penyakit demam. Faiz tak suka demam, huarghh. Faiz mintak lah vick dari kawan Faiz. Tapi vick tu tak berkesan, huarghh. Semua subjek selepas rehat, Faiz memang tak dapat fokus. Urmm, sedih, next week dah exam. I repeat it, Faiz tak dapat fokus. Pastu, Faiz teringat hari ni ada kokorikulum. 

Aku nak bagitahu cikgu je yang aku ni demam. Urmm, tapi tak jadi disebabkan Faiz ni degil dan pemalu. Huarghh, pastu tetiba je hujan, petir menyambar-nyambar. Faiz pun kena hujan plus cuaca yang sejuk. Lagi bertambah teruk demam Faiz. Arghh, Faiz tahan je demam tu. Sedih gila kot, huarghh. Lepas habis kokorikulum, abang pulak dah balik rumah dahulu. Dia tak tunggu aku ke? Kesian aku, aku merayap-rayap kat sekolah cari mana dia. 

Then, aku telefon guna public phone tetiba je tak boleh. Then, aku gunalah public phone depan sekolah, alhamdullilah dapat. Penat beratur tahu tak! Urmm, memang sedihlah. Pastu abang pun ambil Faiz. Dah sampai rumah, Faiz terus terbentang atas katil sebab kepenatan dan demam ni, urghh. Faiz balik rumah pun dalam 5.30? Urmm, penat penat penat penat penat penat. Lastly, aku sapulah ubat yang patut untuk menghilangkan demam ni.

P/s : Faiz sebenarnya tengah demam masa buat entry ni. Doakan Faiz cepat sihat yer. Korang cuba tengok bm Faiz? Terbelit belitkan, dan susah nak paham. So, korunk boleh abaikan entry yang mengarut ni. Urmm, okaylah Faiz nak sambung rehat, bye adioss.

No comments:

About



Faiz, 18, Malaysia - A law student in UiTM Dengkil. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music