By Monday, 27 February 2012

Tips Untuk Mengedit Code Html

Assalamualaikum and hello guys :D

   

Entry ni penting untuk semua blogger. Diwajibkan baca entry ni. Faiz nak ceritakan perasaan Faiz bila edit code html and terlupa nak preview tapi terus je save code html tu. Tiba tiba je blog Faiz error entah ke mana, tak boleh bukak and blog pun berubah jahanam. Urgh, damn babi banggang. Opps, tu dah terlebih dah, sorry k. Faiz dah potong ayat mencarut tu, haha. Korunk pernah tak alami benda ni? Faiz pernah banyak kali nak mampus kot. Pastu, terus putus asa dan buat blog baru, haha. Ni perkataan yang telah tercoret di dalam hati semasa kejadian tu berlaku. Jom kita tengok.

 Aik? Kenapa blog aku tiba tiba je jadi camni. Error jahanam. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Mungkin aku tersalah edit code tadi. A'ah, aku terlupa lah nak preview, huarghh, aku terus tertekan save template. Terpaksalah aku check balik code yang salah tu. Eh, wait! Aku rasa aku ada back up code tu. Huh, nasib baik alhamdullilah aku ada back up code tu. Yeyeh, blog aku dah baik semula, dah pulih daripada sakit. Yeyeh. 

Korunk dah baca? Korunk pernah alami benda ni kan. Jangan tipu! Faiz ada tips untuk mengelakkan kejadian ini berlaku lagi pada masa yang akan datang. Lagi satu, korunk tahu tak apa maksud back up? Maksud back up tu ialah macam spair-pad code html tu. Jom kita simpan tips ni dalam kepala hotak..

1) Setiap kali selepas korunk edit code html, korunk mestilah preview dulu. Kalau tiada apa-apa error dan menjadi, korunk boleh lah terus save.


2) Sebelum korunk edit code html tu, korunk mestilah back up dengan copy code html tu dan paste di note pad. Tip ni untuk blog korunk yang tiba tiba error dan tertekan button save terus.


3) Mestilah menyebut/memulai nama Allah S.W.T sebelum buat sesuatu seperti ini. Ini adalah untuk apa yang kita buat tu moga direstui oleh Allah S.W.T.


4) Jangan edit code html sambil buat sesuatu seperti tengok televisyen, mendengar radio dan sebagainya. Ini kerana anda akan hayal dan menyebabkan code html tu jadi jahanam.


5) Jangan terlalu leka, mengantuk dan penat.


6) Jika korunk edit code html tu melebihi lima belas minit, sila cari tempat yang sesuai untuk mengambil udara yang segar. Insyaallah,  korunk akan segar dan boleh sambung edit code html tu.


Tadaa, tulah tips yang dicipta oleh Faiz sendiri. Faiz bukan pro sangat pun. Ini cuma pengalaman Faiz. Harap-harap tips yang Faiz beri ni berkesan untuk semua blogger. Thanks pada yang membaca entry ni. Okay bye, adioss..

1 comment:

About



Faiz, 18, Malaysia - A law student in UiTM Dengkil. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music