By Tuesday, 24 April 2012

Program Pembinaan Jati Diri

Assalamualaikum and hi for non muslim :D


Okay guys, sihat? Dah lama memanjang Faiz tak update. Nak tahu kenapa? Faiz ada sertai satu kem di mana semua tingkatan satu wajib sertai kem ini, jadi Faiz pun pergilah. Faiz ingat penat tak bestlah boring. Bila dah sampai sana, terperanjat beruk tengok semua akk abang FC cantik handsome dan baik belaka hihi. Slot slot yang diadakan sangat menarik. Faiz nak cerita sikit pasal kem yang Faiz sertai ni yang bertempat di Kem Saujana Asahan Melaka.

First day.

Kitorang bertolak dari sekolah. Dah sampai sana, kitorang ambil barang masuk dewan program. Then, ada majlis perasmian pembukaan oleh Prof. Siti Rugayah Hj Tibek. Nak tahu nak abang FC semua tu dari mana? Semestinya dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Lepastu, FC bagi kitorang kunci bilik. Kitorang masuk bilik bawak barang. Bla bla blaa.. pastu dah tak ingat buat apa. Malam tu pulak, kitorang berkenal-kenalan. Pastu tidur. Buatlah apa yang patut.

Second day.

Pagi tu kitorang ada qiamulail. Ramai gila budak lelaki yang datang lambat. Ada tu tak bangun langsung hihi. Faiz dan kawan bilik datang awal gila, proud kena puji dengan akk FC. Lepas qiamulail dan solat subuh, kitorang buatlah senaman hihi. Kitorang nyanyi lagu gemuruh jiwa dan so on. Lepas tu, kitorang breakfast dan pergi bilik mandi. Lepas mandi, pergi dewan dan buat slot slot yang diadakan. Slot pada second day ini sangatlah menarik bagi Faiz sebab kumpulan Faiz iaitu angsa menang slot "Anugerah Allah" kot, tak berapa ingat hihi. Pada malam pulak, kitorang menangis sebab kena marah dengan abang FC disebabkan menghancurkan harapah ibu bapa sendiri, tapi Faiz tak buat pun, simpan dalam poket. Sebelum tu. kitorang terpaksa lihat video-video malaikut maut yang memberi kesedaran kepada umat Islam. Faiz sedih gila, bertaubat dan insaf habis-habisan. Lepas tu, kitorang balik lah bilik dan tidur. 

Third day.

Kitorang buatlah macam biasa. Then, ada slot slot yang menarik jugak. Kitorang pun buat dengan badan yang penat hihi. Masa pun terus berlalu, kitorang setiap kumpulan diberi arahan untuk melakukan persembahan mengikut idea masing-masing. Whoaa, masa ni malu gila. Kumpulan paling best gila ialah kumpulan akk Suraya. Diorang berlakon mantoppp gilaaaaaaaaaa. Last but not least, ada majlis penutupan. Kitorang pun bergambar ramai-ramai.

P/s : Sorry for broken malay and manglish. Sebenarnya Faiz nak cerita banyak-banyak tapi tak ingatlah pastu tangan ni penat kot nak menaip haha. Karangan Faiz sangatlah hancur. tak de idea lah nak menaip haha.  Thanks abang FC dan pada pihak yang mengajurkan program ini. Hope dapat pergi dan sertai lagi. Jihaaaaddd. Wassalamualaikum.

No comments:

About




Faiz, 18, Malaysia - A teacher to be in Teacher Education Institute of Kent. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music