By Thursday, 27 December 2012

Tips Untuk Survive Dalam Percintaan Jarak Jauh

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Bismillah... Hai semua! Lumrah manusia dijadikan mempunyai perasaan untuk dicintai dan mencintai *amboi, overnya ayat aku ni!* dan setiap orang pasti mahukan hubungan bersama si dia yang tersayang diakhiri hingga ke jinjang pelamin.  So, kali ni Faiz nak update tentang tips untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Ramai gila kot yang nak bunuh diri angkara putus cinta. Ada yang survive dan ada yang kecundang. Macam-macam dah berlaku sekarang ni. Korang tak sepatutnya buat macam tu. Kita kan Islam, ye tidok? Kalau nak jalinkan hubungan dengan seseorang *crush* mesti kena ada tips, sabar dan saling memahami baru akan kekal lama. Hehehe, jom terjah bawah ni untuk tahu tips-tips tersebut!


Setia Walaupun Jauh;
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Tanyalah Khabar;
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini korang yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call korang. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi korang jikalau dia sahaja yang perlu call korang. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Jangan Jadikan Jarak Sebagai Pemusnah; 
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta korang. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan korang lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Sambut Hari Ulang Tahun Bersama; 
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin korang akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Percaya Pada Pasangan;
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Berjumpalah Walaupun Seketika;
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.


Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

P/S: Aigo, comel tak doodle atas ni? My artwork dengan kak Meg! Jangan curi ya, haram bah. Jangan lupa komen entry ini tau. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Jangan lupa amalkan tips-tips ini tau. InsyaAllah Allah permudahkan segalanya jika niat korang ikhlas. Okay bye, Assalamualaikum. Adios.

1 comment:

n a j i h a h z a k a r i a said...

As salam :) Bw here . Tenang masuk blog islamik :D

About




Faiz, 18, Malaysia - A teacher to be in Teacher Education Institute of Kent. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music