By Tuesday, 1 January 2013

Doa Cepat Bertemu Jodoh

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Assalamialaikum guys. Pertama sekali, kita dah masuk tahun baru 2013! Fuh, sekejap je masa berlalu. Cuti akhir tahun bagi semua pelajar akan berakhir. Mesti semua malas kan nak pergi sekolah? Mengaku jelah. Ho ho ho. Selamat tahun baru! Okay, kali ni aku nak buat entry mengenai doa cepat bertemu jodoh. Kena amalkan tau. Jangan pernah putus asa. Mesti ada kan bujang terlajak yang tengah baca entry ni? Siapa lettew. Hah, jom terjah bawah kalau nak tahu apa doa dia. Terdapat di dalam al-Quran.



Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh Yang Soleh; 

1. Kelebihan surah Yusof ayat 4 

Maksudnya: (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya. Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.<surah yusuf ayat 4> 

Terdapat beberapa kelebihan surah yusof dan diantaranya adalah orang akan hormat dengan diri kita dan tidak akan marah tanpa sebab yang munasabah. 



2. Kelebihan surah Yunus ayat 81 

Maksudnya: Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata, apa yang kamu datangkan itu,itulah sihir sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesunggunya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. 

Adakalanya tanpa kita sedari, sebenarnya ada manusia yang mempunyai perasaan dengki terhadap diri kita. Walaupun dihadapan kita sikapnya adalah terbaik, tetapi dibelakang ,dia cuba 1001 cara untuk menjatuhkan diri kita hanya untuk kepuasan yang sementara. Oleh itu dengan mengamalkan doa dari surah yunus ini, kita berdoa agar dilindungi dari sebarang ilmu sihir kerana yakin dan percaya semua kekuasaan adalah hanya dari Allah S.W.T sahaja. 




3. Kelebihan surah Qasas Ayat 24 

Maksudnya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan. 

Ketika Nabi Musa A.S berdoa dengan ayat ini, baginda adalah seorang yang fakir dan amat memerlukan pertolongan daripada Allah pada ketika itu. Di dalam sejarah ada menceritakan selepas itu Nabi Musa telah mendapat perkerjaan dan berkahwin dengan salah seorang puteri yang ditolongi olehnya pada ketika dia berada dalam kesusahan. Oleh itu kita seharusnya berdoa dan meminta hanya kepada Allah dan biarlah keadaan dimana jiwa kita dalam keadaan yakin 100% kepada Pencipta. 

P/S: Ketiga-tiga ayat diatas adalah sesuai diamalkan untuk cepat bertemu jodoh dan InsyaAllah setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar menjadi hamba yang bersyukur dengan segala kemungkinan yang dihadapi termasuk dalam soal jodoh. Harap entry ini amat membantu bagi yang sedang buntu nak cari jodoh. Ye tidok? Okay bye guys. Assalamualaikum. Adios.

No comments:

About



Faiz, 18, Malaysia - A law student in UiTM Dengkil. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music