By Thursday, 31 October 2013

Trip to Kelantan & Terengganu

Assalamualaikum. Hi korang!!! Ya Allah, dah lama dah tak update blog ni. Al-maklumlah, hiatus seorang mangsa pbs. Faham-fahamlah ya. Biarlah blog ni bersarang atau apa, blog ni banyak bawa kenangan pada aku. Percayalah, kalau dah terror bab blog ni, confirm korang akan terror dalam bab coding website or what. Kalau kat sekolah aku, ada frog vle. Memang okaylah juga cuma malas tu nak buka & hantar assignment. Sekarang ni dunia makin maju. Jadi, aku berharap agar semua buku teks dihapuskan dan cuma bawak laptop ke sekolah sahaja. Kata nak capai wawasan 2020, kenalah geren sikit.

First, minggu lepas aku ada join trip Felda ke Terengganu & Kelantan. Memang aku terpaksa ikut sebab ayah aku ni kerja Felda. Punyalah serabut dibuatnya dengan pbs yang kena dilaksanakan pastu nak pergi Kelantan & Terengganu lagi. Pandai-pandailah aku manage time. Anyway, syukran jazilan li abi wa ummi sebab diorang dah support aku since "A" to "Z". Actually ramai orang anggap aku kelas pertama boleh buat itu ini & pandai. Kitorang sebenarnya tak pandai pun, siapalah kita nak tentukan kepandaian seseorang itu.

Malas nak cakap hal-hal duniawi ni, straight to the point! Aku nak tunjuk gambar-gambar aku yang aku snap masa join trip tu lah. Korang mesti dah pernah pergi, bukan? Dulu aku pernah pergi, masa primary school tapi tu cerita lama. Aku pergi pun trip Felda juga sebab dulu stay kat Felda Tenggaroh 5 tapi ayah aku kerja kat pejabat Felda Tenggaroh 1. Apapun, aku enjoy je trip ni.


















P/S: Sebenarnya ada lagi gambar-gambar yang tak berapa nak menarik sangat, malas nak post kat insta. Gambar ni pun ambil dari insta. Komen lah entry ini kalau korang pernah pergi. Apa yang aku suka kat Kelantan ni, dia punya aiskrim baba topping dia macam tutti frutti hehe. Anyway, thanks sebab baca and jengah blog ni. Tak berharga lah blog ini kalau tak ada pembaca seperti kalian. Sekian. Assalamualaikum. 

No comments:

About




Faiz, 18, Malaysia - A teacher to be in Teacher Education Institute of Kent. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music