By Tuesday, 28 October 2014

Pergi Mana

Assalamualaikum w.b.t. Akhirnya lepas jugak ujian PT3 mendengar, bertulis & kajian kes. Fuh. Tahun yang amat mencabar mental dan fizikal woi. Nak buat macam mana, dah jadi "the perk of being 99's".



Alamak, sebenarnya aku tengah dilemma. Dilemma macam bangkai bernyawa. Cikgu dah start cakap pasal result PT3 kelas aku. Scare to the death babe. Rasa gelisah kat hati 24/7. As student, banyak-banyaklah berdoa, buat solat hajat & dhuha, InsyaAllah lembut hati cikgu tanda kertas kita. Kalau macam PMR, penanda luar yang tanda, tapi kalau PT3, jiwa & raga pelajar tergugat sebab paper kitorang, cikgu yang tanda. Eh. Sekaranglah kita buat baik kat cikgu, belanja cikgu aiskrim, kepsi atau nasi ayam. Rasuah olok-olok. Nanti-nanti result actually 75 tiba-tiba jadi 80 hihi. Mana tahu kan. Tapi tak adanya.

PENANDAAN STRICT no matter what. Tak ada markah kesian. Kejam tak PT3 ni? Ala-ala gaya "u"niversiti. Kajian kes pula pun banyak hal, siap kena marah cikgu. Marah-marah cikgu pun, alhamdulillah result 90 lebih haha. Math & Science tak tahu nak target A ke tak. Kalau nak masuk MRSM, syarat-syaratnya subjek Math & Science mesti A, percubaan kena lulus. Alhamdulillah, sebenarnya percubaan aku semua lulus. Ceh. Bajet oo. Penuh dengan soalan KBAT, aku tak yakin dapat A. Aku berserah & tawakkal kepada Allah. Dia yang Maha Berkuasa. Tapi... Kalau aku tak dapat dua subjek tu A, macam mana aku nak masuk MRSM/SBP? Menjerit weyh! Ni bukan main-main, ni serious! Yang pasti, aku nak ambil aliran sains tulen tahun depan. Al-maklumlah, cita-cita aku nak semua orang panggil nama "Doktor Faiz" bila dah besar, kah -kah-kah. Bukan doktor bedah, tapi doktor haiwan. Doktor haiwan best apa. Kalau tak jadi doktor haiwan, jadi doktor manusia pun boleh actually haha. Whatever. Pening. Graduan universiti sekarang pun ramai yang menganggur. Tak tahu apa nak jadi dengan Malaysia ni. Yuran pendidikan mahal, nak dapat kerja susah. Langsung tak ada kualiti, tak fresh dari ladang bak hang!

Straight to the point, tolong doakan aku dapat result flying colours ya dalam PT3 tahun ni! Ramai kawan-kawan aku macam nak masuk vokesional ke tak. Seriously, aku tak minat bidang kemahiran. TAK MINAT LANGSUNG. Nak masuk MRSM! :( Kalau tak dapat, redha. Sesungguhnya Allah telah berikan apa yang terbaik bagi kita. Siapa yang usaha lebih, InsyaAllah akan dapat kejayaan yang lagi "lebih". Man jadda wajada, bukan? Pendidikan zaman sekarang makin mencabar seiring dengan dunia yang globalisasi ini.

P/S: Semoga Norfaiz Bin Nordin mendapat keputusan cemerlang 8A dalam PT3 2014. Amin. Allah Allah Allah...

No comments:

About




Faiz, 18, Malaysia - A teacher to be in Teacher Education Institute of Kent. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music