By Thursday, 3 December 2015

Result Pointer Semester 1 & 2

Assalamualaikum. Setelah sekian lama menghilangkan diri daripada dunia blogging ini, terdetik hati nak edit-edit blog sebab rindu sangat nak blogwalking. Lagi-lagi kawan-kawan blogger yang sangat sporting! :)

Mesti ada yang tak tahu, sebelum ni aku ada update entry "Pergi Mana". Alhamdulillah, aku telah jadi seorang pelajar di MRSM iaitu MRSM Mersing. Berkat doa mak hehe. Even result PT3 aku tak berapa nak gempak tapi mungkin sebab aku batch pertama yang diberi peluang sebegini, jadi tidak ada sebab untuk aku tak bersyukur.


Bukan senang duduk asrama. Layan ragam dan karenah kawan-kawan. Cikgu pun sekali hehe. Boarding school ni mungkin nampak "bagus" di sesetengah mata ibu bapa. Tapi aku nasihatkan, jangan paksa anak anda untuk ambil aliran sains tulen. Bagilah bimbingan sewajarnya kepada anak-anak yang nak masuk tingkatan 4 tu. Senang cerita, ambil aliran yang diorang minat. Macam aku, memang berazam nak ambil sains tulen, sebab kakak aku pun ambil sains tulen lol. She got a very nice result in SPM tapi aku masih ragu-ragu dan tak berapa nak yakin, adakah aku ni boleh jadi seperti dia? Anyway, aku nak share result final examination bagi semester 1 & semester 2 selama aku berada di tingkatan 4. Pergh, rasa nak pengsan hadap banyak exam kat MRSM. Maklumlah, aku bukan seorang pelajar yang genius atau istilahnya "gifted". Aku tahu ada je kawan aku yang genius, tak study tapi result gempak je. Nak buat macam mana, do an effort now or push yourself is my "passion". Aku kena study hard baru boleh achieve something great!

Secara umumnya, aku ambik 9 subjek untuk SPM 2016. Yang pasti, aku ambik subjek biologi walaupun aku minat akaun. Tapi aku tak boleh cope dengan akaun sebenarnya haha. Subjek biologi sebenarnya tak susah mana kalau kita minat, cuma kena banyak membaca dan menghafal. Mechanism dalam biologi ni sangat over-power sampai aku rasa nak muntah pelangi bila hafal. Uish, dahsyat beb! Subjek add math pulak memang sangat slow bagi aku sebab aku bukan otak math. Dah masuk dua kali aku failed rasanya tapi tak pernah repeat untuk final exam hehe. Untuk add math, InsyaAllah aku akan struggle dengan math mod. Subjek yang lain pulak, alhamdulillah ok walaupun ada naik turun.

     


So guys, this is my result of final examination in semester 1. Ni bukan result SPM tau, tapi PNG which include markah kuiz, attitude, markah ujian selaran 1 & 2. Actually, this was not bad tho walaupun tak dapat anugerah pengetua. Alhamdulillah dapat pointer above 3.0.



Tada! Result final examination untuk semester 2. Pointer kali ini agak menaik daripada 3.42 ke 3.49. Pointer kali ni memang killer sebab lagi 0.01 untuk dapat anugerah pengetua. Sayang betul! Mungkin tak ada rezeki hehe. Next year, dengan izin Allah, aku akan buat yang terbaik, work hard work smart semuanya. SPM 2016 bukanlah senang tapi kalau kita have faith dengan Allah, everything will be okay. Cukup sampai sini je untuk aku update entry, kalau ada student MRSM baca entry ni, maafkan aku sebab tak berapa nak pandai huhu. Komenlah apa yang patut, bagi kata-kata semangat ke kat aku. Thank you a lot sebab baca. 


P/S: Alhamdulillah, aku jadi Badan Wakil Pelajar 15/16 (Exco ICT) dan BADAR 15/16. Doakan kejayaan aku di dunia dan akhirat, wahai sahabat! :) 

1 comment:

Izzah said...

Salam. Congrats! Aku takda apa nak pesan atau bagitau tips ke apa sebab result aku jauh beza dengan hang tapi satu benda nak pesan, jangan berlagak dengan ilmu yang kita ada, kalau kita tanam sifat tu dlm diri insyaAllah berjayalah kita dunia akhirat.

About



Faiz, 18, Malaysia - A law student in UiTM Dengkil. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music