By Saturday, 4 June 2016

Fashion Nowadays

Assalamualaikum and hello guys! It's been a long time dah lama tak update blog! Yes! I'm super busy with my boarding school instead. Bila dah cuti sekolah ni, time ni lah ada masa untuk usha balik blog. Before this, blog aku kan macam ala-ala KPOP and I kinda miss that old one punya template. Cari punya cari, kemanalah coding template tu menghilang. But alhamdulillah, I've managed to find it. Sebenarnya code template tu ada kat blog lain huhu.

Road to SPM makin lama dah nak sampai journey. Haritu baru je habis final examination untuk SEM 1. It was kinda hard and challenging. My target untuk lepas PNG 3.5 macam dah tak ada harapan sebab ada spoil kat certain subject. Maybe orang lain akan kata duduk MRSM ni automatic pandai, senang nak belajar tapi you guys are totally wrong. Boarding school macam ni is really not comfort with me. Haritu punya tak ada air, memang dugaan betul.

Sanggup berjalan keliling maktab nak cari air. Nasib ada kawan boleh temankan haha. Aku bukannya tak bersyukur tapi pengorbanan ni sangat besar bagi aku. Ingat form 5 tak homesick ke? Tengah-tengah study tu, boleh pulak teringat mak ayah haha. But aku dapat belajar something dari sini, even mak ayah kita tak ada, tapi masih ada kawan yang sanggup jaga kita elok-elok. Thanks bestfriend! Kawan-kawan yang lain pun baik jugak, tapi baik bertalamkan dua muka. Aku malas nak ambil kisah sebab aku masuk boarding school sebab nak belajar, bukan nak puaskan hati orang je.

Sabar itu separuh daripada iman. InsyaAllah.

Straight to the point, lately ni I've figured out yang aku ni minat fashion. But based on my physical condition, I'm so "gendut" untuk fitkan dengan fashion yang trendy nowadays. Laugh to myself! Ni sebab stress sangat sebab tu makan je. Before aku masuk MRSM, aku ada buat online business. Online business ni sangat best sebab almost setiap hari ada orang WhatsApp haha. Aku siap argue dengan ayah aku untuk buat IMTEEN account sebab ada Maybank2U. Unfortunately, aku still bawah 18 tahun, so aku takleh transfer 3rd party secara online. Aku hanya boleh shopping guna merchant trade. I think I will back to my business again lepas SPM.


Talk about fashion, aku minat seluar skinny. Aku tak minat jeans lol. I'm more to black sebab nampak dope haha. Kadang-kadang, kalau aku tak ada idea untuk fashion, aku try usha abang-abang instafamous yang pandai fashion tu. Diorang punya clothes lagi mahal kot, branded pulak tu. Diorang sangat pandai berfashion, mungkin sebab geng-geng diorang pun pandai fashion jugak huhu.




This one is flannel shirt. Apa yang aku suka pasal flannel shirt ni sebab kain dia lembut and sesuai untuk pakai masa cuaca sejuk ke. Tapi sunny day boleh je sebab nampak happy. Flannel shirt ni korang boleh pakai penuh ataupun pakai baju t-shirt warna hitam/putih dan pakai flannel ni kat luar. 

Actually untuk flannel, korang boleh cari di UNIQLO, H&M and COTTON ON. Tapi if korang want a low budget, korang boleh pandai-pandai cari kat Insta. There is a lot of INSTASHOP yang jual flannel shirts ni dengan harga yang murah. Kalau nak tahu, korang boleh contact aku and I will give you out their Insta *sebab aku pun ada usha jugak haha*.

For second fashion, aku nak share ideas untuk parka/jacket pulak. Parka/jacket ni actually tak adalah mahal mana kalau pandai cari. Parka ni pun style dia sama macam flannel. Tapi kalau asyik flannel je, lama-lama boring jugak kan? So, parka ni sesuai kepada lelaki kot haha. Sebab dia nampak macam style. 

                       


This one is parka. You can style it sama macam flannel. Various of parka boleh dapatkan dari Instashop. Ada yang jenis labuh, ada yang pelbagai warna. Selain parka, windbreaker pun cantik jugak. So, try lah usha-usha ya! Kalau nak cari idea, korang boleh inspiredkan fashion kat Tumblr. Tumblr ni memang best sebab banyak fashion trendy dari barat. 




Alright, this is the end point of my entry today. My tips, kalau nak fashion ni kena pandai-pandai cari, jangan nampak je terus nak beli. Jangan bazirkan duit on something mungkin tak bagi manfaat kat kita langsung dan jaga aurat korang semua. Anyway, pray for my final result tau. Nak sangat PNG of 3.5 above haha. Usaha tangga kejayaan! Assalamualaikum.

P/S: Puasa dah nak dekat. Baju raya belum ada lagi haha. Ahlan wasahlan ya Ramadhan! 

No comments:

About




Faiz, 18, Malaysia - A teacher to be in Teacher Education Institute of Kent. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music