By Friday, 2 December 2016

Sijil Pelajaran Malaysia 2016


Assalamualaikum. Alhamdulillah, SPM is over guys! Ya Allah, rasa bersyukur sangat sebab exam yang dinantikan selama ni dah pun habis.

Rasa gembira ada, rasa sedih ada. Macam-macam rasa ada. Rindu cikgu Juhaidah. Cikgu Ju lah yang selalu bagi nasihat kat kitorang batch legend 99. Rasa kejap je masa berlalu. Dulu masuk MRSM Mersing masa form 4 memang homesick. Lama-lama dah ok dah hehe! Sebenarnya dah lama hiatus dari dunia blog ni. So, since SPM dah habis and aku tak ada apa-apa kerja kat rumah ni, why not aku buat benda yang berfaedah kan? Siapa kata jadi blogger wasted? Mestilah tak, aku dah lama jadi blogger since form 1 tak silap. Masa tu ada senior ni tolong aku edit blog and so on. Tapi dah lama tak contact dia maybe dia busy.

Blogger is not about kau tulis pasal feelings kau tapi kau dapat belajar banyak benda dari sini. Belajar macam mana nak dapat comission dari advertising website, belajar macam mana nak edit gambar gun photoshop, coding html yang berserabut tu. See? Banyak benda boleh belajar!



Straight to the point, aku rasa lega dan happy sebab dapat luangkan masa dengan family walaupun kakak & abang aku sibuk bekerja. Maklumlah, aku anak bongsu so tinggal aku sorang je lah dalam pelajaran. Actually, aku rindu dengan kawan-kawan aku. Mungkin sekarang ni rindu tu tak kuat lagi. Nanti bila dah masuk uni ke, matriks ke, memang automatik muncul perasaan rindu dengan kawan-kawan kat sekolah. Paling best sekali bila check result and pointer, semua berdebar-debar auch!

Mock Interview 2016.

Seram lah sebab nak tahu dapat anugerah pengetua ke tak haha. Aku envy dengan student lain yang dapat pointer 3.75 macam tu je. Takpe, Allah bagi rezeki kat dia mungkin dalam aspek kepandaian. Kalau aku? Aku kan pandai edit gambar haha *ok bajet*. To be honest, soalan SPM haritu sumpah KBAT. Lagi-lagi subject science macam Biology, Chemistry & Physics. Alhamdulillah boleh jawab walaupun haritu rasa down gila jawab Chemist. AKU SALAH JAWAB WOI BAHAGIAN ESSAY! RASA NAK KECUNDANG KE HIMALAYA!

Kalau pasal subject math ni pergh! Lagi-lagi add math, soalan dia sumpah tak macam past year. Betullah kata-kata cikgu, kita tak boleh expect soalan keluar apa sebab "LEMBAGA" yang buat soalan. Memang sah-sah bukan manusia sebab "LEMBAGA" lol. Subjek Sejarah pulak keluar KBAT 8 markah. Hmm. Tricky betul format dia. But then, I have managed to answer it with full confident sebab keluar soalan pasal FELDA.

AKU KAN ANAK FELDA :P

Maaflah, kami tak rajin riadah huhu!

With Alepp, Ali, Irfan & aku!


With Irfan Aikir.

So, kat sini, aku nak cakap terima kasih banyak-banyak kat kawan-kawan aku especially Irfan, Alepp, Ali, Sajid, Teto, Amin, Faridah, Adilah and ramai lagi sebab sudi tolong aku dalam subjek yang susah-susah. Thanks kawan! Semoga kita semua dapat 9A+! Amin! Tak lupa juga kepada cikgu-cikgu aku yang banyak membantu dan bagi nasihat. Aku tahu yang Allah pasti akan simpulkan hikmah yang baik-baik di sebalik semua ni. Banyak benda aku lalui, susah senang jatuh bangun macam tu tanpa parents. Semuanya kau kena berdikari dan hadapi cabaran tu, bukan lari dari masalah.


Nak naik tangki air maktab tapi pagar kunci. Takpe, kita posing sat!


With Amin. He's going to Japan next year.


With chemistry teacher, Cikgu Khairul.

With Cikgu Yusri, cikgu BM paling best! I was his JDT BM!
Bye MRSM Mersing! 2 years of troubles, pain and success!

No comments:

About



Faiz, 18, Malaysia - A law student in UiTM Dengkil. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music