By Tuesday, 11 April 2017

Ujian Kelayakan Calon Guru 2017


Assalamualaikum & hi everyone! Alhamdulillah, I hope this entry would be helpful to those who will attend the UKCG for this year. Actually, UKCG ni merupakan step yang pertama untuk menjadi guru hehe!

So far, I want to share my experiences when I attended the UKCG in the IPG Kampus Teknik. Aku pergi 10 April which is on Monday. IPG Kampus Teknik ni sebelah sekolah Tunku Kurshiah je, dekat jugak dengan Institut Aminuddin Baki. Masa lalu situ, rasa macam goosebump sebab lalu depan TKC. Awesome, right? Yelah, TKC baru kot dekat Bandar Baru Enstek, Nilai.

Straight to the point, taklimat aku start pukul 11 pagi dan ujian bermula pada 12 tengahari. Masa tu rasa cuak jugak sebab tak pernah pergi kan. I thought memang akan taklimat tapi sebenarnya tak ada pun kat IPG tu haha. So, memang tunggu sampai pukul 12 baru start exam. Okay, untuk ujian bertulis ada dua bahagian iaitu bahagian A dan juga bahagian B.

Untuk bahagian A terdiri daripada 135 soalan untuk korang jawab selama 30 minit sahaja. Manakala untuk bahagian B terdiri daripada 60 soalan selama 15 minit. So total for both section is 45 minutes.
Okay jangan cuak sangat, jangan nak berdebar jawab SPM ke apa. It was really easy for me sebab soalan dia macam soalan psikometrik which is dia nak test your sahsiah, your moral and many more. 




Credit: http://www.musadun.com/2016/03/contoh-soalan-ujian-kelayakan-calon-guru-ukcg.html

Hah, soalan dia lebih kurang macam tu. Easy as ABC, right? Untuk bahagian B pula soalan dia lebih kepada nak uji mental korang, either korang ni sihat dari segi mental ke tak. I'm not sure actually tapi korang jawablah sebaik mungkin dalam masa yang pendek tu. Jawab yang baik-baik hehe.

Selepas ujian bertulis, akan ada ujian kecergasan fizikal. Hah nilah ujian paling ditakuti oleh semua calon guru! Masing-masing nervous sebab dah lama tak bersenam, yelah duduk rumah makan tidur tiba-tiba je ada ujian kecergasan. Untuk ujian kecergasan fizikal ni lebih kurang sama macam MRSM buat untuk studentnya hehe. Ingat lagi cikgu Sofia conduct ujian segak for the 5 Uranus and 5 Zuhal students. Thanks cikgu!

Dalam ujian ni, akan ada bleep test sejauh 20 meter, bangkit tubi variasi (5 tahap), tekan tubi tanpa henti, jangkauan melunjur serta BMI. Takpe korang, jangan risau, be positive!


Tips:

1) Bleep test, korang perlu lari ulang-alik sejauh 20 meter. Untuk lelaki, better lepas level 4.1 dan perempuan level 3.1. I'm not sure either this is true or not but maybe this level macam penanda aras untuk diterima ke IPG?

2) Bangkit tubi variasi, okay yang ni ada lima tahap. Kalau korang selalu practice insyaAllah senang je nak buat nanti.

3) BMI, okay yang ni korang akan timbang berat korang serta ketinggian. Nanti, akak abang IPG yang akan tolong.

4) Jangkauan melunjur, yang ni sama je macam ujian segak. Pastikan korang betul-betul flexible dan push sejauh yang mungkin.

5) Tekan tubi tanpa henti, hah yang ni memang payah hahaha. Bayangkan tanpa henti. Yang ni korang kena buat betul-betul tau, pastikan buat dengan cara yang betul.


Alhamdulillah, tu je yang aku buat untuk ujian kecergasan fizikal. It's not that hard tapi bila dah lama tak bersenam memang pancitlah. Masa ujian kecergasan fizikal tu ada lah jugak tegur kawan satu group. Ada yang dari SASER, ada yang dari MRSM hehe. I talked to a girl which is an ex student from MRSM Alor Gajah. Cakap dan cakap, rupa-rupanya dia pernah masuk forum Minggu Bahasa Zon Selatan untuk tahun 2016. Maybe dah tak ingat kot haha.

Untuk ujian kali ini, I don't know nak happy or sad sebab masa buat ujian ni memang rasa nak demam. Pening macam nak pitam. Bayangkan lepas ujian bertulis terus gerak pergi ke dewan untuk ujian kecergasan. Dengan tak makan semua campur rasa nak demam. Hanya mampu buat yang terbaik. Dapat tak dapat, tu belakang cerita, rezeki Allah itu luas. Untuk yang akan pergi tu, best of luck to you guys! Assalamualaikum.

No comments:

About



Faiz, 18, Malaysia - A law student in UiTM Dengkil. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music