By Tuesday, 30 May 2017

Temuduga IPG & Asasi UITM


Hi & assalamualaikum guys! Alhamdulillah, aku diterima untuk mendaftar di UiTM Dengkil which is tempat baru untuk pusat Asasi UiTM. Excited weyh! Walaupun result SPM aku taklah cemerlang seperti kawan-kawan yang lain haha tapi rezeki Allah itu luas kan.

Sebenarnya, aku takdelah happy sangat sebab rasa serabut. Mana taknya, tarikh daftar UiTM sama dengan tarikh temuduga IPG. Aku agak dissappointed sebab semua benda nak clash, sebab batch 1999 semua benda jadi tak kena. Aku tak nak lah bersikap anti-kerajaan, aku sentiasa support kerajaan ok!

Aku tak expect langsung untuk dapat UiTM sebab aku mohon UIAM and mostly kena reject awal-awal. Aku mohon TESL and also Human Science tapi kena reject. Speechless betul. Aku memang nak lari dari course science. So, aku pun check UPU, then aku dapat ASASI Undang-Undang KPTM which is degree nanti boleh sambung dekat U lain.

Wow! Aku terus speechless! Walaupun haritu aku lulus JPJ motor yay! Aku terus terfikir, kalau aku dapat foundation in law, betul ke aku akan jadi lawyer? And aku pun dah terbayang kalau jadi lawyer ni seolah-olah sebelah kaki dah nak masuk pintu neraka. Fuh!

Then, aku cuba untuk jadi tenang and tanya senior-senior yang pernah ambik foundation untuk law ni. Alhamdulillah depa bagi kata semangat semua tu sebab tak semestinya ambik law akan jadi lawyer, you can either take something else like science politics, administrative, teachers and so on. Aku pun macam lega hehe! So, aku pun buat preparation dalam seminggu tu sebab minggu depan dah daftar. Ok, yang ni pun aku agak sedih sebab minggu depan aku JPJ kereta, uish! Terkilan habis woi! Everything became complicated!

Dalam masa seminggu tu, punyalah serabut dengan nak call UiTM pasal IV IPG and also nak buat apa semua tu. Rupa-rupanya kitorang daftar lepastu mds "Minggu Destini Siswa" tak silap, dia macam orientasi. Tapi orientasi kitorang ni agak pelik berbanding dengan student diploma UiTM yang lain. Kitorang kena menunggu dan terus menunggu untuk daftar. Sebab apa? Sebab samai sangat, kitorang ada almost 4 ribu lebih student kat sini. Boleh tahan lah ramai.


Pada tarikh 24/5 tu pun aku gerak awal dari rumah untuk pergi IV IPG, agak kelam kabut jugaklah sebab aku antara orang yang paling lewat haha. Tapi takpe, I did my best in the interview. Ada sorang calon ni dia nak jadi bimbingan kaunseling tapi aku tak berapa nak suka dia sebab dia macam bajet haha. Tapi aku dah buktikan yang aku lagi power dari dia yes!

Lepas dah habis IV, aku pun terus rush pergi UiTM Dengkil tu. Alhamdulillah dekat dari Nilai ke Dengkil. Aku agak sedih jugak sebab tak dapat satu bilik dengan kawan maktab, Danial. Dia kata nak tunggu aku tapi lastly dia daftar dulu. Pergh kurang ajar kan! Housemate aku 4 orang budak TESL and aku dan roommate aku je budak law.

Walaupun pernah duduk asrama, tapi aku rasa homesick sangat-sangat sebab aku rasa susah nak cope dengan surrounding. Sedih gak sebab rasa macam takde kawan, entahlah rasa lonely walaupun aku ni jenis peramah and friendly. HAHAHA. Pejadah dia lelaki homesick haha.

The end, aku rasa bersyukur sangat sebab dapat masuk Asasi, cuma aku tengah dilemma lah kalau aku dapat offer IPG sama ada nak stay atau pergi, Hanya Allah je tahu macam mana perasaan aku ni. Alhamdulillah sebab ada Faridah, Che Pah, Khaleed, Danial, Izzat. Mereka antara orang yang aku boleh luah perasaan dan sedih yang teramat ni! Hehe! :)

No comments:

About



Faiz, 18, Malaysia - A law student in UiTM Dengkil. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music