By Saturday, 17 June 2017

Ramadhan + UiTM Dengkil


Hi & assalamualaikum everyone! Alhamdulillah, akhirnya ada juga mood nak update blog. Actually malas gila nak menaip and nak bukak laptop. Actually, I'm really grateful sebab I dah jadi student UiTM Dengkil hehe.

At first, I thought that UiTM Dengkil ni kat Melaka. HAHAHA. Aku rasa "jahil" sangat sebab aku tak berapa nak ambik tahu pasal Universiti Awam kat Malaysia ni. Rupa-rupanya UiTM Dengkil ni dekat ngan Selangor haha. UiTM Dengkil ni merupakan salah satu institusi yang menawarkan program Asasi untuk 4 course utama seperti sains, engineering, TESL dan juga law! To be honest, aku applied Human Science as the first choice at IIUM tapi kena reject mentah-mentah hahaha. Well, aku pun macam kecewa jugak sebab aku nak sangat masuk UIAM. Tapi dah rezeki aku kat sini, why not kita bersyukur dan belajar elok-elok hehe.

So, basically aku daftar pada 24 haribulan 5 untuk asasi law. Aku sebenarnya kelam-kabut jugak sebab minggu tu aku sepatutnya ada ujian JPJ kereta tapi terpaksa tangguh. And that day, aku pun ada IV IPG huhu. Rasa nervous dia lain macam! Lepastu aku pun ikut mds selama 3 hari. Student kat sini agak ramai, around 4k lebih. Pendaftaran dia sangatlah lambat sebab ramai student kan. Lepastu cuti seminggu and tibalah bulan Ramadhan yang mulia ni. So, first week aku kat UiTM ni agak janggal sikit sebab everything is by our own.


Kelas aku known as U3. Aku sangat bersyukur sebab aku dapat classmate yang sangat sporting dan baik-baik belaka! Lagi-lagi lelaki, diorang semua sporting habis. Jadual kelas aku pun tak berapa nak pack. Cuma assignment berlambak dan budak law ni kena banyak baca dan menghafal. Cuba kau imagine baca buku sejarah dalam english. Lambat gila nak proses kat otak ni haha.

Sebenarnya, entry yang aku tulis ni dah nak masuk pun third week belajar kat UiTM. Aku sebenarnya tengah depressed gila sebab result IPG. Aku sangat minat course law tapi my parents told me to be a teacher. Aku bukan nak ikut kata parents ke, kawan ke, tapi dua-dua course ni aku minat. Aku minat law dan bahasa Melayu haha. Tapi personality aku sesuai untuk jadi seorang guru kot sebab aku rasa aku tak layak jadi prosecutor ke, lawyer ke, legal advisor ke.

Pastu ramai kata yang IPG ni terjamin sebab akan dapat pekerjaan terus and ada elaun. So aku pun macam terfikir jugak pasal masa depan aku ni. Sedangkan student yang belajar foundation in law ni pun bukan semua yang akan pursue degree in law. Ingat nak jadi seorang lawyer senang ke? You need to have your own passion sebab jadi seorang lawyer ni sangat berbeza dengan proffesion yang lain.

So, that's all from me. I hope that Allah will ease everything for us. Moga Allah bagi yang terbaik dalam hidup kita. Bukan apa, sebab aku dah sayang Dengkil ni hihi.

No comments:

About



Faiz, 18, Malaysia - A law student in UiTM Dengkil. This is my blog where I wrote anything about my personal life.

SUBSCRIBE

Followers

Message

Instagram

Popular Posts

Music